|
ETHA WEDDING
SERVICES tercetus dari minat mendalam Etha Bahrom terhadap seni
kraftangan dan budaya kenduri kahwin orang melayu. Hasil
pengamatan tugas-tugas seorang 'wedding planner' sewaktu di luar
negara, Etha telah berazam untuk menubuhkan satu perniagaan
berhubung-kait dengan hal-hal kerja kahwin yang menawarkan semua perkhidmatan dibawah satu
bumbung.
Seawal tahun 2000,
Etha telah mula membantu saudara-mara menyusun program majlis
serta mengatur segala keperluan. Sokongan kuat dari keluarga
telah melahirkan Etha Wedding Services (EWS) pada Mei 2003 yang
beroperasi berdasarkan "keperluan dan kemampuan" mereka yang
bakal mendirikan rumahtangga.
Untuk mengekalkan kadar harga yang berpatutan, hampir 75%
perkhidmatan yang disediakan adalah milik sepenuhnya perniagaan
ini. Antaranya Kanopi, Katering, Pelamin, Gubahan Hantaran,
Hiasan Dalaman, Sistem Audio, Videografi dan Fotografi.
Selebihnya adalah kerjasama antara rakan-rakan perniagaan
mengikut bajet yang telah ditetapkan oleh pelanggan. Walau
bagaimanapun, EWS sedia menyediakan perkhidmatan berprofail
sederhana tinggi dan tinggi sekiranya perlu.
|